Home Semasa 13,034 jangkitan baharu, Selangor kekal kes tertinggi

13,034 jangkitan baharu, Selangor kekal kes tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Jul – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 13,034 kes baharu COVID-19 dikesan pada hari ini.

Berdasarkan perincian kes yang dikongsikan oleh beliau di akaun media sosial rasminya berkata, penambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di dalam negara meningkat kepada 964,918 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi 6 ribu iaitu merekodkan sebanyak 6,049 kes pada hari ini.

“Selepas Selangor, Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 1,611 kes manakala Johor pula 791 kes,

“Negeri Sembilan pula (711), Kedah (701), Sarawak (644), Sabah (497), Terengganu (391), Pulau Pinang (371), Melaka (353), Perak (284), Pahang (261), Kelantan (240) dan Putrajaya (100).
“Selebihnya, Labuan (24) dan Perlis (6),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 11,985 kes baharu dan 199 kes kematian akibat wabak COVID-19 didalam negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!