Home Ekonomi Serba Dinamik bekal capaian internet satelit di Jeli

Serba Dinamik bekal capaian internet satelit di Jeli

by Bernama

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Perkhidmatan penyambungan capaian Internet melalui teknologi satelit  MySurFi,  yang pertama seumpamanya di Kelantan mula digunakan di daerah Jeli, semalam.

Bahagian Teknologi Angkasa, Serba Dinamik Group Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan program Khidmat Sosial Masyarakat Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menggunakan satelit itu dilaksanakan syarikat kejuruteraan Serba Dinamik bersama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan berkaitan satelit dan telekomunikasi, Mosyawa Sdn Bhd.

Program itu juga merupakan hasil kerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.

Menurut kenyataan itu, program tersebut akan memberikan capaian Internet percuma selama enam bulan dalam tempoh negara berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di Jeli merupakan lokasi pertama dipilih bagi pemasangan Internet satelit di Kelantan sebelum fasa komersial dimulakan di serata daerah di negeri itu.

Menurut Mustapa, perkhidmatan MySurFi amat penting kerana terdapat keperluan bagi penyediaan capaian akses Internet di kawasan yang tidak mendapat capaian Internet fiber atau Internet selular di Malaysia seperti SK Lawang.

Sekolah Kebangsaan (SK) Lawang di Jeli merupakan lokasi pertama dipilih bagi pemasangan Internet satelit di Kelantan sebelum fasa komersial dimulakan di serata daerah di negeri itu.

Menurut Mustapa, perkhidmatan MySurFi amat penting kerana terdapat keperluan bagi penyediaan capaian akses Internet di kawasan yang tidak mendapat capaian Internet fiber atau Internet selular di Malaysia seperti SK Lawang. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!