KUALA LUMPUR, 21 Julai – Bursa Malaysia ditutup pada harga sedikit tinggi untuk sesi pagi dagangan hari ini.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FBM KLCI ditutup pada para 1,520.07, peningkatan sebanyak 0.1 mata berbanding Isnin lalu.
Indeks komposit dibuka pada paras 1,521.37 dan harga pasaran bergerak di dalam julat 1,516.76 dan 1,521.57 sepanjang sesi dagangan pagi.
Bilangan kaunter rugi melebih kaunter untung dengan bilangan 533 berbanding 335. Sementara itu, 416 kaunter tidak berubah, 959 tidak didagangkan dan 18 digantung.
Kaunter aktif
Waran Pasukhas Group Berhad (PASUKGB-WA) menokok sebanyak 1.5 ke 2 sen, saham Pasukhas (PASUKGB) meningkat 11 sen.
Sementara itu, Kanger International berhad (KANGER) kekal pada 7.5 sen dan AT Systematization Berhad (AT) pada 6.5 sen.
Systech Berhad (SYSTECH) menyaksikan peningkatan sebanyak 3.5 sen, dan Haily Group (HAILY) mengalami peningkatan sebanyak 5.5 sen sebelum ditutup pada paras 73.5 sen..
Ramssol Group Berhad (RAMSSOL) serta Careplus Group Berhad (CAREPLUS) masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 9 sen dan 20 sen.
Serba Dinamik Holdings Berhad (SERBADK) pula ditutup pada paras 43 sen. – airtimes.my