Home Semasa CEO Serba Dinamik tambah pegangan saham dalam syarikat

CEO Serba Dinamik tambah pegangan saham dalam syarikat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holding Berhad (Serba Dinamik), Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah menambah nilai pegangan sahamnya dalam syarikat itu yang menyaksikan peningkatan pegangan beliau kepada 20.996% kepentingan.

Dalam pengumuman syarikat kepada Bursa Malaysia, Abdul Karim telah membeli sebanyak 10 juta unit saham Serba Dinamik.

Notis bertarikh 14 Julai itu menyatakan, pembelian dilakukan oleh beliau pada Isnin lalu.

Pembelian tersebut telah meningkatkan jumlah pegangan saham Abdul Karim dalam Serba Dinamik adalah 778.786 juta.

Perkembangan terbaharu ini sekaligus menamatkan jualan paksaan pegangan saham beliau pada 2 minggu lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!