Home Semasa PPV IDCC Shah Alam ditutup sementara hari ini

PPV IDCC Shah Alam ditutup sementara hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ditutup sementara sehari hari ini, susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas PPV di pusat berkenaan.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan berkata, penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 dan bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi (Isnin) bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,

“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19,” katanya.

Katanya, janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan diumumkan secepat mungkin.

“Butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, sebarang pertanyaan boleh dihubungi di talian 03-88934303,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!