Home Pertahanan dan Keselamatan DMZ HAT Tuanku Mizan: Berjauhan dari keluarga demi selamatkan nyawa pesakit COVID-19

DMZ HAT Tuanku Mizan: Berjauhan dari keluarga demi selamatkan nyawa pesakit COVID-19

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=i0nRIh1OzDg[/embedyt]

 

KETIKA negara menghadapi cabaran besar menangani pandemik COVID-19, para petugas barisan hadapan dari pasukan keselamatan dan kesihatan bertungkus-lumus merawat serta menyelamatkan nyawa pesakit.

Dalam menjalankan amanah ini, mereka terdedah dengan risiko mendapat jangkitan COVID-19. Namun petugas keselamatan dan kesihatan ini tetap cekal dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan.

Mereka sebenarnya bukan sahaja berkorban masa, tenaga serta perasaan, bahkan ramai yang terpaksa berjauhan, meninggalkan anak, isteri dan suami serta insan-insan tersayang demi menggalas tugas untuk negara.

Perkara ini dikongsikan sorang Pegawai Perubatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Leftenan Dr Dasinen Thiagarajan yang ditemui Air Times New Network baru-baru ini.

Pada Jumaat lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaktifkan Zon Pengurusan Bencana (Disaster Management Zone, DMZ) di HAT Tuanku Mizan.

Zon DMZ diwujudkan bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang semakin meningkat di kawasan Lembah Klang.

Dr Dasinen berkata, semua petugas yang dihantar ke HAT Tuanku Mizan bagi DMZ ini bukan sahaja dari Lembah Klang, ia turut melibatkan anggota perubatan  dari HAT Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut dan Kem Terendak, Melaka.

“Petugas-petugas ini sanggup berpisah dengan keluarga mereka masing-masing untuk bersama kita menangani wabak COVID-19,

“Mereka sanggup berkhidmat untuk negara. Semangat juang ini perlulah kita hargai, terutamanya melihat pengorbanan frontliners dalam membantu negara pulih seperti keadaan sediakala,” katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang tentera, mereka sentiasa bersedia untuk mengharungi pelbagai rintangan jika berlakunya sebarang bencana atau krisis.

“Kita bersedia untuk hadapi pelbagai keadaan dengan melalui pelbagai latihan dan ilmu secukupnya. Ini termasuklah mengendalikan pesakit COVID-19 kategori 4 di HAT Tuanku Mizan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Dr Dasinen bersama seorang pegawai, pakar perubatan dan 9 orang jururawat serta seorang Ketua Jururawat merupakan petugas yang menerima kumpulan pesakit pertama yang dihantar ke HAT Tuanku Mizan, pada Jumaat lalu.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru kepada orang ramai untuk menghargai pengorbanan dan jasa pasukan keselamatan serta kesihatan yang telah bertungkus lumus dalam memerangi wabak pandemik COVID-19.

“Saya menyeru rakyat untuk menyedari pengorbanan petugas kesihatan (healthcare worker) dan frontliners kita ini, mereka berisiko untuk mengalami ‘burnout’ (penat) kerana ramai yang berpisah dengan keluarga,

“Mereka mengambil risiko supaya kita boleh memulihkan ekonomi negara dan boleh hidup seperti sediakala (sebelum zaman COVID-19),

“Walaupun memerlukan tenaga kudrat kerja yang banyak, kami sanggup menjalankan tugas demi negara yang tercinta,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!