LONDON, 12 Jul – Itali dinobatkan sebagai juara UEFA Euro 2020 selepas menewaskan England dalam penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 masa penuh perlawanan.
Kemenangan Itali diisytiharkan selepas Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti beliau.
Penentuan penalti berkesudahan memihak kepada Itali dengan jaringan 3-2.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan England mendahului jaringan pada minit ke-2 perlawanan oleh Luke Shaw.
Pada minit ke-67 perlawanan, Leonardo Bonucci menjaringkan gol penyamaan untuk Itali.
Kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian 53 tahun Azurri selepas merangkul kejuaraan Eropah kali terakhir pada tahun 1968. – airtimes.my