PUTRAJAYA, 11 Julai – Kes jangkitan harian COVID-19 hari ini iala 9,105 kes.
Ini merupakan hari ketiga berturut-turut negara mencatatkan angka kes harian melebih paras 9 ribu semenjak 9 Julai lalu.
Semalam, negara telah mecatatkan bilangan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 9,353 kes.
Perincian kes mengikut negeri yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di akaun media sosialnya menunjukkan Selangor dan Kuala Lumpur masih mencatatkan bilangan kes 4 angka.
Sebanyak 4,682 kes dikesan di Selangor manakala Kuala Lumpur mencatatkan 1,247 kes. Sementara itu, Johor menjadi negeri ketiga tertinggi dengan 392 kes sementara Kedah 382 dan Pahang 300. – airtimes.my