KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan situasi yang lebih positif.
Sehingga 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 8.63 mata kepada aras 1,517.34 mata.
FBM KLCI dibuka lebih tinggi pada awal pasaran iaitu 1,511.09 mata berbanding harga tutup 8 Julai, 1,508.71.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.46 bilion unit dengan nilai RM1.54 bilion.
Dalam pada itu, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan kadar 524 berbanding 311. Sebanyak 434 kaunter tidak berubah, 934 tidak didagangkan dan 10 digantung.
Salah satu kaunter aktif, Serba Dinamik telah meningkat sebanyak 2.5 sen kepada 46.5 sen. kanger International dan AT Systematization masing-masing menokok 0.5 sen dan 7 sen. Saham Careplus meningkat 13 sen kepada RM1.78. – airtimes.my