PUTRAJAYA, 9 Julai – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan jumlah kes aktif COVID-19 telah melebihi paras 80 ribu.
KKM dalam satu hantaran di akaun Twitter rasmi mengesahkan sebanyak 80,665 kes aktif direkodkan hari ini.
Semalam, jumlah pesakit aktif adalah seramai 77,275 orang.
Pada hari ini, Malaysia mencatatkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 9,180 kes.
Menurut KKM, 7 daripada jumlah kes baharu tersebut merupakan kes import.
Selain daripada itu, bilangan kes ICU meningkat kepada 959 kes berbanding 952 kes yang dicatatkan semalam.
Bilangan pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan turut meningkat kepada 465 orang.
Seramai 77 orang pesakit dilaporkan maut akibat wabak pandemik itu pada hari ini. Jumlah kes kematian kian menghampiri paras 6 ribu iaitu 5,980 kes.
5,713 pesakit diisytiharkan sembuh pada hari ini dan jumlah kes sembuh telah meningkat kepada 731,193 orang. – airtimes.my