Home PolitikBarisan Nasional Annuar Musa: Saya akan terus bekerja untuk rakyat, bantu PM, TPM dan kerajaan

Annuar Musa: Saya akan terus bekerja untuk rakyat, bantu PM, TPM dan kerajaan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Jul – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau akan terus bekerja untuk rakyat bagi membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan.

Beliau mengakui lebih senang berkerja bersama seseorang yang terbukti lebih berjaya serta terus berusaha membantu rakyat, berbanding bersama individu yang hanya bermain politik, beretorik dan mahu menjatuhkan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri.

“Apa lagi mereka yang tidak konsisten prinsipnya, tidak benar kata-katanya serta tidak jujur hatinya,

“Apa lagi untuk berkerja dengan mereka yang terbukti gagal mengawal diri, mulut dan hati mereka,

“Insya Allah saya akan terus berkerja untuk rakyat membantu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kerajaan setakat termampu bagi saya. Taksub? biar rakyat yang menilai dan biar rekod saya yang berbicara,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Pada masa sama, Annuar Musa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menepis dakwaan ada pihak yang menggelarnya sebagai pentaksub kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seorang ahli MKT lantikan dari selatan yang telah gagal dan menggagalkan parti PRU lepas, menulis dan menggelarkan saya pentaksub PM, saya hanya mampu senyum membacanya,

“Watak penulis ini sudah di ketahui ramai. Tak perlu saya mengulasnya. Lagi pun bukan cara saya melayani watak yang tak perlu di layan,

“Saya tidak tahu dia pentaksub siapa, mungkin orang lain tahu,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!