KUALA LUMPUR, 8 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan penubuhan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) secara rasmi.
Menurut beliau, parti telah didaftarkan sebagai parti politik.
Beliau berkata demikian semasa sidang media maya Parti Pejuang pada hari ini.
“Sebagai parti politik kita berterima kasih kepada kerajaan yang mendaftar parti Pejuang
“Kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah, cuma kita buat melalui undang-undang,
“Tak ada sebab kami tidak boleh didaftar. Jadi akhirnya, parti Pejuang ini sudah didaftar, dan mereka yang ingin menyertai Pejuang adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan,” katanya. – airtimes.my