Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi kapal tangki dari Mongolia ditahan

Lagi kapal tangki dari Mongolia ditahan

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 8 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor telah menahan sebuah kapal tangki kerana disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki berdaftar dari Mongolia itu telah ditahan di kedudukan 10.4 batu nautika timur laut Tanjung Siang, Johor.

“Kapal tangki yang dikendalikan oleh 4 kru warga Indonesia berumur 27 tahun hingga 47 tahun itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah namun didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh sewaktu diperiksa oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan operasi,

“Nakhoda dan seorang kru ditelah dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili bagi siasatan lanjut,” katanya dalam hantaran di media sosial milik APMM, pada Khamis.

Nurul Hizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

“Sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!