PUTRAJAYA, 8 Julai – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan angka kematian akibat wabak COVID-19 di negara ini adalah seramai 135 orang.
Menurut KKM di akaun media sosial rasminya, angkat tersebut merupakan tertinggi sejak pandemik melanda negara.
“Seramai 135 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ia adalah jumlah kematian harian tertinggi pernah dilaporkan,
“Sebelum ini, kes kematian harian tertinggi dilaporkan pada 2 Jun 2021 iaitu sebanyak 126 kes,” katanya.
Angka terbaharu itu telah menjadi jumlah kes kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 5,903.
Sementara itu, sebanyak 5,802 kes sembuh dilaporkan.
Pada hari ini, sebanyak 8,868 kes jangkitan baharu dikesan dengan 10 daripadanya adalah kes import.
Seramai 952 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 445 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – airtimes.my