Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan penyeludupan minuman keras bernilai RM15 ribu

Polis Marin gagalkan penyeludupan minuman keras bernilai RM15 ribu

by Air Times News Network

BEAUFORT, 7 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dikawasan anak sungai daerah Menumbuk, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, ASP Roslan Awang berkata, beberapa orang individu telah dikesan selepas beberapa intipan dilakukan di kawasan tersebut.

“Hasil intipan mendapati terdapat 7 orang lelaki sedang memunggah bungkusan plastik berwarna hitam daripada bot ke daratan,

“Pemeriksaan lanjut mendapati minuman keras sebanyak 29 Carton jenama Carlsberg,  60 carton jenama Royal Stout dan 61 carton jenama Anchor dianggarkan bernilai RM15 ribu dimuatkan dalam bot,

“Kesemua minuman keras dipercayai dibawa dari labuan,” katanya

Menurutnya, kesemua lelaki yang ditahan berusia 27 hingga 47 tahun.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM338 ribu termasuk bot dan enjin 200HP serta 3 buah kenderaan,

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan  kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!