Home Semasa PKPD: 816 penduduk Flat Sri Sabah 3A terima bantuan ayam segar

PKPD: 816 penduduk Flat Sri Sabah 3A terima bantuan ayam segar

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=02KTnSZ1Qfo[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Seramai 816 penduduk di Flat Sri Sabah 3A yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 4 hari lalu menerima bantuan ayam segar, hari ini.

Sumbangan tersebut telah diberikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar ketika membuat tinjauan di perumahan tersebut yang dikenakan PKPD sejak Sabtu lalu.

“Dengan kerjasama daripada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi kerajaan yang lain bersama badan bukan kerajaan (NGO) di flat ini, kami sedang mempastikan supaya tidak timbul sebarang masalah yang besar berlaku sepanjang tempoh ini,

“Selain mengawasi pergerakkan keluar masuk penduduk, kita pastikan juga mereka mendapat bantuan khususnya barang dapur (makanan) supaya mereka tidak berada dalam keadaan terdesak,

“Ayam segar diedarkan ke setiap unit hari ini dan saya juga dimaklumkan JKM akan mengedar barang dapur dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di Flat Sri Sabah 3A, hari ini.

Selain mengawasi pergerakkan keluar masuk penduduk, kita pastikan juga mereka mendapat bantuan khususnya barang dapur (makanan) supaya mereka tidak berada dalam keadaan terdesak – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar. Foto: AirTimes/ Danish

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri merakamkan penghargaan kepada petugas dan juga NGO serta beberapa syarikat yang tampil sebagai penyumbang barang makanan dan keperluan lain.

“Walaupun kedai dalam blok ini masih dibuka dan kelonggaran diberikan kepada penduduk untuk keluar dalam urusan tertentu serta bantuan yang disalurkan, seharusnya penduduk disini tidak perlu keluar dan berharap dapat menangung kehidupan seharian mereka sekeluarga,

“Sekiranya mereka ada keperluan tertentu dan barangan yang perlu dalam tempoh ini, pihak polis dengan kerjasama agensi terlibat akan membenarkan dengan syarat-syarat yang ditetapkan,” tambahnya.

Beliau turut berharap, penduduk memberikan kerjasama kepada agensi yang terlibat dan akur dengan pelaksanaan PKPD yang ditetapkan.

Sebanyak 815 ekor ayam segar diagihkan kepada setiap unit terlibat PKPD yang masuk hari keempat hari ini. Foto: AirTimes/ Danish

Pada Khamis lalu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai sehingga 16 Julai 2021.

Lokasi PKPD di Kuala Lumpur adalah PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 1 dan 2 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 dan 2) dan Flat Sri Sabah.

Selain itu, Kampung Puah, PPR Kampung Baru Air Panas, Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima), Kampung Batu Muda, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas turut dikenakan PKPD dalam tempoh masa yang sama. -airtimes.my

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat kawalan di Flat Sri Sabah 3A yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Sabtu lalu. Foto: AirTimes/Danish

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!