Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM52 ribu

Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM52 ribu

by Air Times News Network

PASIR PUTIH, 4 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga berjaya merampas 350 kotak rokok seludup bernilai RM52 ribu dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di Kampung Pachakan, Pasir Putih, awal pagi semalam.

Komandan PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, rampasan ini dilakukan semasa pasukan sedang melaksanakan rondaan dan mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki telah melarikan diri dari pantai melalui kawasan kampung sekitar jam 6 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tujuh kotak yang di tinggalkan di persisir pantai di percayai mengandungi rokok seludup jenama Lee,

“Siasatan yang dibuat menunjukan rokok tersebut akan dipasarkan di negeri ini mengunakan laluan laut,” katanya.

Tambahnya, ini adalah modus operandi baru bagi penyeludup membawa barang-barang bagi mengelakan dikesan pihak berkuasa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!