Home SemasaGlobal Lelaki buat kenyataan berbaur perkauman, serang mahasiswa

Lelaki buat kenyataan berbaur perkauman, serang mahasiswa

by Air Times News Network

SINGAPURA, 3 Jul – Seorang lelaki berbangsa India akan didakwa kerana melontarkan kenyataan berbaur perkauman dan menyerang seorang mahasiswa di tempat letak kereta di Taman East Coast, pada Jumaat.

Menurut kenyataan Polis Republik Singapura (SPF), siasatan awal mendapati seorang lelaki telah melontarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap 2 kumpulan lelaki Cina dan menyerang salah seorang daripada mereka.

“Lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu akan didakwa kerana menyebabkan gangguan awam,

“Perintah penahanan lelaki tersebut turut dimohon bagi menjalani pemeriksaan psikiatri,” kata kenyataan itu yang dilaporkan media tempatan.

Tambah kenyataan itu, pihak SPF menegaskan akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang cuba menggugat keharmonian kaum di Singapura. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!