Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kompleks ZAMZOV tingkatkan kemahiran tempur anggota TDM

Kompleks ZAMZOV tingkatkan kemahiran tempur anggota TDM

by Air Times News Network

LUNDU, 3 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) membina sebuah kompleks latihan ‘Operations in Build Up Areas’ (OBUA) sebagai medan latihan untuk mempertingkatkan kemahiran pertempuran di kawasan bandar (urban) yang siap dibina di Lapang Sasar Sampadi.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, kompleks latihan ini diberi nama ZAMZOV (Zamrose Mohd Zain OBUA Village) yang merupakan cetusan idea Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Timur Tentera Darat Ke-3.

“Pembinaan kompleks tersebut dilaksanakan oleh pasukan Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD), yang mengambil masa selama 150 hari dan telah siap sepenuhnya pada 30 Oktober 2020 yang lalu,” katanya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks ZAMZOV. Foto: TDM

Zamrose yang dalam rangka lawatan kerja beliau ke Sarawak berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks ZAMZOV yang diadakan secara ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Tambahnya, infrastruktur ini merupakan kompleks latihan pertama yang dibina di negeri Sarawak. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!