Home Semasa Parlimen bersidang secepat mungkin, tarikh dimuktamad 7 Julai – Takiyuddin

Parlimen bersidang secepat mungkin, tarikh dimuktamad 7 Julai – Takiyuddin

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 2 Jul – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri akan memuktamadkan tarikh persidangan Parlimen pada 7 Julai ini.

Beliau dalam satu kenyatan berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen,” katanya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!