BAITULMAQDIS, 30 Jun – Polis Israel telah menahan 4 orang penduduk Palestin dalam satu protes yang berlaku di Timur Baitulmaqdis.
Dalam kejadian berlaku pada malam Selasa, orang ramai berkumpul di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah sebagai protes kepada keputusan untuk menghalau keluar penduduk Palestin dari rumah mereka.
Media Israel melaporkan keempat-empat penduduk Palestin terbabit ditahan atas dakwaan menganggu ketenteraman.
Menurutnya, kumpulan protes telah bertindak melempar batu dan mercun ke arah anggota polis Israel yang berkawal.
Polis Israel kemudiannya bertindak menyuraikan kumpulan protes dan menahan beberapa individu utnuk di soal siasat.
Sheikh Jarrah merupakan salah satu titik panas dalam isu Israel-Palestin. Penduduk Palestin yang mendiami kawasan tersebut dihalau keluar oleh Israel dan dijadikan sebagai kawasan penempatan.
Organisasi haluan kanan Israel mendakwa mereka mempunyai hak terhadap kawasan kejiranan tersebut. – airtimes.my