AMSTERDAM, 30 Jun –Belanda mendakwa Rusia sengaja melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan menggangu pelayaran kapal frigat HNMLS EVERTSEN di Laut Hitam.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Belanda, jet pejuang Rusia telah melakukan penerbangan rendah dan rapat sehingga membahayakan pelayaran kapal.
“Sejumlah jet pejuang Rusia melakukan penerbangan untuk menganggu HNMLS Evertsen pada Khamis lalu,
“Rusia tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk bertindak sedemikian,” kata kenyataan itu.
Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan Belanda turut mendakwa jet pejuang Rusia turut melakukan manuver untuk melakukan serangan anti kapal.
Foto yang dikongsikan oleh Belanda turut memaparkan salah sebuah daripada jet pejuang tersebut dilihat membawa peluru berpandu anti kapal Kh31.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menegaskan pihaknya telah menghantar jet pejuang Su-30 dan Su-24 untuk menghalang cubaan menceroboh oleh Belanda ke perairan Rusia.
“Kapal firgat Belanda dikesan mengubah laluan perlayaran mereka dan menuju ke kawasan perairan Rusia,” kata Rusia. – airtimes.my