Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tunku Temenggong Johor sertai TLDM

Tunku Temenggong Johor sertai TLDM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim secara rasminya menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), semalam.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, pertukaran perkhidmatan Tunku Idris dari Tentera Darat Malaysia (TDM) ke TLDM telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkuat kuasa pada 25 Mei lalu.

Tunku Idris telah menyertai perkhidmatan TDM pada 16 Februari 2006 melalui pengambilan Tauliah Jangka Pendek ke-70.

Pemakaian lencana TLDM sebagai simbolik pertukaran perkhidmatan Tunku Temenggong Johor telah disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Menurut TLDM, bagi memastikan Tunku Idris memahami budaya dan kehidupan seorang pegawai TLDM, baginda akan menjalani program latihan dan penyesuaian diri selama 4 minggu di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!