Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM selamatkan 5 nelayan Indonesia hanyut di Pulau Pangkor

TLDM selamatkan 5 nelayan Indonesia hanyut di Pulau Pangkor

by Nurulhuda

LUMUT, 29 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyelamatkan 5 orang nalayan warganegara Indonesia yang dipercayai hayut akibat bot karam kira-kira di 35 batu nautika barat daya Pulau Pangkor, semalam.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, kelima-lima nelayan itu dipercayai terapung di laut selama 3 hari terlebih dahulu sebelum diselamatkan oleh bot nelayan tempatan, dan kemudianya dipindahkan ke Stesen JARAK TLDM.

Menurutnya, ketika dijumpai kesemua mangsa dalam keadaan lemah telah diberikan bantuan makanan dan minuman oleh Stesen JARAK TLDM sebelum dipindahkan ke KD MAHAMIRU yang sedang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) Laut serta juga Operasi PATROK MALINDO di perairan berkenaan.

“Anggota KD Mahamiru telah menyerahkan kesemua nelayan tersebut kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di perairan Pulau Pangkor untuk diserahkan kepada pihak kedutaan Indonesia bagi dokumentasi selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, TLDM berkata, pihaknya akan sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan pengguna maritim yang lain ketika melaksanakan tugasan di perairan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!