Home SemasaGlobal COVID-19: Pengembara berada di UK selama 2 jam dihalang masuki Hong Kong

COVID-19: Pengembara berada di UK selama 2 jam dihalang masuki Hong Kong

by M.Daim

HONG KONG, 29 Jun – Kerajaan Hong Kong bakal mengenakan larangan terhadap mana-mana pengembara yang berada di United Kingdom (UK) selama 2 jam dari memasuki wilayah itu.

Keputusan tersebut akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Pada masa yang sama, Hong Kong turut melarang sebarang operasi penerbangan pesawat penumpang dari negara Eropah itu.

Menurut agensi berita kerajaan Hong Kong, keputusan dibuat berikutan situasi semasa penularan wabak COVID-19 terutamanya varian Delta di UK.

“Kerajaan Hong Kong mendapati beberapa kes import yang berkaitan dengan penularan varian Delta,

“Ini berdasarkan penemuan strain L452R pada pengembara yang tiba dari UK,” kata agensi berita kerajaan Hong Kong.

Strain L452R merupakan protein yang ditemui dalam varian Epsilon (US), Kappa dan Delta (India).

Menurut kerajaan Hong Kong, angka kes import di pulau itu telah melebihi nilai ambang.

Selain daripada itu, negara pulau itu menyatakan sekatan terhadap Brazil, India, Indonesia, Nepal, Pakistan, Filipina dan Afrika Selatan tetap diteruskan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!