Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat pasang kawat duri, kawal pergerakan penduduk Kampung Segambut Dalam

Tentera Darat pasang kawat duri, kawal pergerakan penduduk Kampung Segambut Dalam

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=KLDpL-udfAo[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakkan aset dan anggotanya bagi melaksanakan pemasangan kawat duri di Kampung Segambut Dalam, Segambut, malam tadi.

Kerja-kerja pemasangan kawat duri tersebut telah dilakukan oleh anggota dari Batalion Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) dan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

Kerja-kerja pemasangan kawat duri telah dilakukan oleh anggota dari Batalion Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD) dan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD). Foto: AirTimes/Danish

Pemasangan kawat duri ini adalah selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di kawasan tersebut pada tengah malam tadi sehingga 9 Julai ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan tersebut dalam masa yang singkat.

Anggota dari Batalion Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD) sedang melakukan kerja-kerja pemasangan kawat duri di Kampung Segambut Dalam, malam tadi. Foto: AirTimes/Danish

Tinjauan Air Times di lokasi turut mendapati anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera telah mula mengadakan kawalan serta sekatan yang lebih ketat di laluan keluar masuk kawasan terbabit.

Difahamkan pemasangan ini dilakukan bagi mengawal pergerakan keluar masuk penduduk berikutan kewujudan kluster yang dikenalpasti hasil saringan bersasar dalam komuniti di lokaliti ini.

Beberapa penduduk Kampung Segambut Dalam melihat sendiri kerja-kerja pemasangan pagar kawat duri di perumahan mereka. Foto: AirTimes/Danish

Kluster tersebut telah dikesan pada 23 Jun lalu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila seramai 70 individu dikesan positif COVID-19 hasil daripada 573 saringan yang telah dilakukan.

Pemasangan 1.4 kilometer pagar kawat duri ini telah bermula pada jam 11 malam tadi diseluruh kawasan kampung tersebut dan siap awal pagi tadi. Foto: AirTimes/Danish

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Segambut Dalam di Segambut ini dikenakan PKPD setelah KKM mengesan sebanyak 78 kes positif COVID-19 direkodkan hasil daripada 646 saringan yang dijalankan sehingga semalam.

Segala aktiviti di kawasan Kampung Segambut Dalam tidak dibenarkan selama 14 hari ekoran pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut. Foto: Airtimes/Danish

Menurutnya, pelaksanaan PKPD ini akan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain.

Selain di Kampung Segambut Dalam, lokaliti di Jalan Kubur, Pantai Dalam Kuala Lumpur turut dikenakan PKPD dalam tempoh masa yang sama apabila KKM mengesahkan sebanyak 53 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 79 orang lokasi ini. -airtimes.my

Penduduk Kampung Segambut Dalam, Mohamad Ali Abas melihat sendiri kerja-kerja pemasangan kawat duri di hadapan kediamannya malam tadi. Foto: AirTimes/ Danish

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!