Home SemasaGlobal Tawaran F-16 oleh AS mahal, perlu cari pilihan lain – Filipina

Tawaran F-16 oleh AS mahal, perlu cari pilihan lain – Filipina

by M.Daim

MANILA, 26 Jun – Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menegaskan tawaran perolehan jet pejuang oleh Amerika Syariakt (AS) adalah mahal.

Menurut beliau, Angkatan Tentera Filipina (PAF) sedang melakukan pemilihan alternatif.

“Amerika mahu kami (Filipina) untuk membeli F-16. Ianya mahal dan PAF sedang melihat pilihan jet-jet pejuang yang lain.

Media Filipina, Inqurer menyatakan Lorenzana akan mengumumkan jet pejuang baharu pilihan PAF.

“Pada ketika ini, pilihan adalah di antara F-16 dan Gripen. Keputusan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau menambah, PAF berharap perolehan baharu jet pejuang dapat dilakukan sebelum pemerintahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tamat pada tahun hadapan.

Semalam, Pentagon mengumumkan kelulusan perolehan jet pejuang F-16 kepada Filipina melalui notis yang dikeluarkan oleh Defense Security Cooperation Agency (DSCA).

Perolehan tersebut merangkumi 12 buah F-16 Block 70/72.

Berdasarkan notis DSCA, perolehan sebanyak 10 buah F-16C dan 2 F-16D diluluskan kepada Filipina dengan kos sekitar US$ 2.43 bilion.

Pakej perolehan tersebut merangkumi misil Sidewinder dan Harpoon serta alat ganti pesawat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!