Home SemasaGlobal COVID-19: Varian Delta merebak ke 85 negara – WHO

COVID-19: Varian Delta merebak ke 85 negara – WHO

by M.Daim

GENEVA, 26 Jun – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini menegaskan COVID-19 varian Delta merebak dengan pantas di seluruh dunia.

“Delta merupakan varian paling cepat merebak dan telah dikesan di 85 buah negara,

“Varian ini merebak dengan pantas di kalangan penduduk yang belum divaksin,” kata Tedros dalam satu sidang media maya, hari ini.

Beliau menambah, pihak WHO turut mengesan peningkatan kes jangkitan COVID-19 berikutan beberapa buah negara telah melonggar kawalan kesihatan dan sosial.

“Peningkatan kes jangkitan akan membebankan sistem kesihatan dan meningkatkan risiko kematian,” ujarnya.

Menurut Tedros, varian baharu COVID-19 dijangka akan terus muncul berikutan penularan wabak tersebut di seluruh dunia.

“Virus akan sentiasa berkembang dan kemunculan varian baharu dapat dibendung dengan menghalang penularan penyakit,

“Dalam erti kata lain: semakin banyak penularan dan kes jangkitan, semakin banyak varian akan muncul,” jelas Tedros.

Varian Delta sebelum ini dikenali sebagai varian India sebelum dinamakan semula di bawah sistem penamaan baharu.

Delta ini merupakan salah satu daripada 4 varian yang disenaraikan sebagai Variant of Concern (Varian yang membimbangkan) oleh WHO.

Selain daripada itu, WHO turut menyenaraikan 7 Varian of Interest (varian perlukan perhatian). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!