Home SemasaGlobal AS jual 12 jet pejuang F-16 kepada Filipina

AS jual 12 jet pejuang F-16 kepada Filipina

by Air Times News Network

WASHINGTON, 25 Jun – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 12 jet pejuang F-16, dan peluru berpandu Sidewinder serta Harpoon kepada Filipina.

Pentagon pada Khamis berkata, kelulusan tersebut dibuat menerusi 3 perjanjian berasingan yang bernilai US$2.5 bilion.

Menurut laporan Reuters, pengumuman itu dibuat ketika AS sedang berusaha untuk memperbaharui perjanjian dengan Filipina bagi menghantar angkatan tenteranya ke negara tersebut.

Kehadiran tentera AS ke Filipina merupakan strategi bagi menentang kegiatan China yang terus berkembang di Asia.

Terdahulu, Filipina telah menangguhkan selama 6 bulan lagi bagi membatalkan Perjanjian Pasukan Pelawat (VFA) yang akan berakhir Ogos ini dengan angkatan tentera negara tersebut.

Pentagon berkata, Filipina meminta untuk membeli 10 pesawat F-16C Block 70/72 dan 2 pesawat F-16D Block 70/72 buatan Lockheed Martin bersama alat ganti dan latihan, bernilai hingga US$2.43 bilion.

Lockheed Martin berkata, F-16 akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perkongsian strategik Manila dengan Washington dan sekutu, sambil membolehkan Filipina bergabung dengan pengendali F-16 Asia Tenggara yang lain.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!