Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lelaki cuba keluar dari kawasan PKPD, miliki dadah

Polis Marin tahan lelaki cuba keluar dari kawasan PKPD, miliki dadah

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 24 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dalam Operasi Benteng (Op Benteng) COVID-19 telah menahan seorang lelaki yang cuba untuk keluar dari kawasan Perintah Kawalan Dipergerakan Diperketatkan (PKPD), semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, ASP Roslan Awang berkata, sewaktu pihaknya sedang menjalankan tugas kawalan PKPD di Kampung Penimbawan telah mengesan seorang lelaki tempatan dalam cubaan untuk keluar dari kawasan PKPD menggunakan bot melalui sungai Kampung Serusup, Tuaran.

“Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki yang berumur lingkungan 21 tahun itu mendapati telah membawa sepaket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,

“Suspek ditahan serta merta dan dadah dirampas,” katanya menerusi laman media sosial rasmi PPM Wilayah 4, hari ini.

Menurut beliau, tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jumlah rampasan adalah dianggarkan bernilai RM150,

“Suspek juga dikompaun sebanyak RM3,000 atas kesalahan salah guna kebenaran keluar dari kawasan PKPD di bawah Peraturan 3 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” ujarnya.

Tambahnya, PPM Sabah sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 0132831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terkawal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!