LONDON, 23 Jun – Gara-gara edaran dokumen di emel dan Whatsapp, identiti lebih 100 anggota pasukan khas dan perisikan United Kingdom (UK) tersebar secara tidak sengaja.
Kejadian berlaku pada awal Jun apabila senarai kenaikan pangkat anggota tentera yang belum ditapis telah diedarkan melalui kedua-dua platform komunikasi.
Menurut media Britain, kesilapan tersebut telah mendedahkan nama, pangkat dan pasukan individu terbabit.
“Identiti anggota pasukan Special Air Service (SAS) Special Reconnaissance Regiment (SRR) dan Special Boat Service (SBS) terdedah dalam senarai tersebut,
“Selain daripada itu, identiti anggota pasukan risikan dan komunikasi sulit turut Special Forces Support Group (SFSG) turut terdedah,” lapor Daily Mail.
Menurutnya, nama operatif unit perisikan tentera, E Squadron turut ditemui dalam senarai tersebut.
“Dokumen sebegini adalah amat sensitif dan sepatutnya diakses secara terkawal oleh individu yang telah diberikan kebenaran,
“Selain daripada itu, ianya perlu diakses di rangkaian komputer yang dilindungi bagi mengelakkan kebocoran maklumat oleh pihak penggodam,” jelasnya.
Menurut Daily Mail, insiden tersebut telah disahkan oleh pihak Kementerian Pertahanan UK. – airtimes.my