Home PolitikBarisan Nasional Nazri Aziz ‘mastermind’ kumpul SD sokong Hishammuddin, hilang keyakinan terhadap Zahid

Nazri Aziz ‘mastermind’ kumpul SD sokong Hishammuddin, hilang keyakinan terhadap Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membuat pendedahan bahawa beliau merupakan perancang utama dalam mengumpul tandatangan surat akuan bersumpah (SD) di kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Memetik laporan eksklusif Sinar Harian, Mohamed Nazri mengakui gerakan tersebut bukanlah bertujuan untuk menukar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagaimana didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, gerakan tersebut adalah bagi memberi mandat kepada Hishamuddin untuk menjadi jurucakap kepada kesemua 25 wakil rakyat BN sekiranya dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu,

“Yang tandatangan SD ini melibatkan 25 Ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang,

“Tujuannya, disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mohamed Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lepas yang mengakui ada usaha mengumpulkan SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.

Namun, Ahmad berkata dia sendiri tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!