Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM121 ribu

Polis Marin rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM121 ribu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 22 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM121,938.96 yang disembunyikan di sebuah pondok di kawasan hutan bakau, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, rampasan tersebut dibuat oleh anggota pasukannya setelah mendapat maklumat dari orang awam menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) pada jam 06.30 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai bungkusan plastik hitam yang berisi rokok pelbagai jenama disyaki diseludup masuk dari negara jiran,

“Kesemua barang rampasan diserahkan kepada  Jabatan Kastam Cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam pada itu, PPM Wilayah 4 mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!