Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Eksesais KELAWAR uji kecekapan dan kesiagaan kru pesawat EC 725, PASKAU

Eksesais KELAWAR uji kecekapan dan kesiagaan kru pesawat EC 725, PASKAU

by Nurulhuda

SABAH, 21 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Eksesais Kelawar 12/21 dalam memperkasakan kesiagaan dan kecekapan kru pesawat helikopter EC 725 terutamanya ketika negara menghadapi penularan wabak COVID-19.

Eksesais yang dikoordinasikan oleh Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) yang telah dilaksanakan pada 21 hingga 28 Mei lalu ini turut bertujuan untuk membuat penambahbaikkan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik dan ancaman pada waktu malam.

TUDM dalam hantaran di media sosial rasminya berkata, eksesais ini turut melibatkan anggota dari skudaron Pasukan Khas Udara (PASKAU) TUDM, Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) serta pasukan sahabat yang lain.

“Antara aktiviti eksesais yang dilaksanakan ialah Night Tactical Formation, Night Tactical Navigation, Night Aerial Sniping, Aerial Broadcasting using Long Range Acoustic Device (LRAD), Night Overwater Rescue dan Maritime Counter Terrorism Mission (MCTM),

“Secara keseluruhannya, eksesais kali ini telah mencapai objektif dan misi yang telah ditetapkan.

“Hasil gabungan semua agensi yang terlibat telah menjadikan eksesais ini berjaya disepadukan dalam memperkasa dan menilai tahap kompetensi anggota terhadap pelaksanaan sesuatu misi, terutamanya sebagai persediaan sekiranya konflik sebenar berlaku,” tambahnya.

Menurut TUDM, eksesais seumpama ini dilaksanakan kali terakhir pada tahun 2014 dan kali ini ia dilaksanakan dengan beberapa perubahan termasuk norma baharu ketika negara dilanda krisis kesihatan global pandemik COVID-19. -airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!