Home Pertahanan dan Keselamatan ATM terbangkan vaksin COVID-19 ke Ba’kelalan

ATM terbangkan vaksin COVID-19 ke Ba’kelalan

by Air Times News Network

MIRI, 21 Jun – Pasukan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar vaksin COVID-19 ke kawasan pendalaman di Ba’kelalan, Limbang, kira-kira 1,081 km dari bandaraya Kuching, hari ini.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyatan berkata, pesawat EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerbangkan vaksin tersebut pada jam 9 pagi dari Lapangan Terbang Miri.

“ATM telah mengaturgerakkan Tim Perubatan CMVT ATM yang terdiri daripada 2 pegawai perubatan bersama 7 anggota paramedik,

“Tim ini dijangka akan memulakan proses vaksinasi bermula 22 hingga 27 Jun 2021 yang melibatkan penduduk di Ba’kelalan dan Long Semado dengan sasaran lebih 1,000 penerima vaksin,” katanya.

Proses ini adalah berlanjutan daripada pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan CMVT ATM di Sarawak semasa lawatan di Kem Muara Tuang pada Sabtu lepas.

Pemberian vaksin di Pusat pemberian vaksin (PPV) Outreach ini dapat membantu mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan-kawasan pendalaman seterusnya membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Sarawak. – airtimes.my

Gelari gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!