Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM127,257.92

Polis Marin rampas rokok, minuman keras bernilai RM127,257.92

by Air Times News Network

KUCHING, 19 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya membuat rampasan rokok dan minuman keras seludup bernilai RM127,257.92 dalam serbuan Op Kontraban di Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau, pada Jumaat.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Shamsor Kassim berkata, melalui risikan anggotanya telah berjaya menahan sebuah van putih jenis toyota Hiace membawa muatan dipercayai rokok dan minuman keras belum lulus Kastam pada jam 9 pagi.

Antara Minuman keras dan rokok yang dirampas didalam van – Foto: PPM Wilayah 5

“Pemandu van yang merupakan lelaki tempatan (berbangsa Iban) gagal mengemukakan sebarang dokumen semasa diperiksa ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Warisan Jepak,

“Pemandu berusia 38 tahun itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967dan semua barangan rampasan termasuk van dibawa ke Markas PPM Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!