Home Semasa Total lockdown tunjuk kesan positif, kes COVID-19 semakin menurun – Azmin

Total lockdown tunjuk kesan positif, kes COVID-19 semakin menurun – Azmin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’ yang bermula pada 1 Jun lepas telah menunjukkan kesan positif apabila kadar kes jangkitan harian COVID-19 didapati semakin menurun.

Namun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohammed Azmin Ali berkata, dari segi ekonomi kita dapat lihat ramai pihak telah terkesan, terutama buat golongan B40 yang kebanyakannya merupakan peniaga-peniaga kecil.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai langkah untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19,

“Ia selari dengan dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, bahawa pelan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada data dan sains yang dibentangkan dalam tempoh masa terdekat,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Mohammed Azmin berkata, pelan tersebut turut merangkumi pengurusan COVID-19, ekonomi serta program vaksinasi yang sedang giat berjalan sehingga kini.

“Ia akan diperluaskan lagi dengan skala besar apabila adanya inisiatif seperti Trak Vaksin Bergerak dan pembinaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu yang membolehkan pemberian suntikan dos vaksin sehingga 200,000 sehari menjelang Julai ini,

“Saya menyeru semua pihak agar dapat memberikan kerjasama untuk kita sama-sama mencapai imuniti kelompok di seluruh negara menjelang akhir tahun ini,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!