Home Semasa SPRM dakwa pegawainya terima rasuah RM100,000

SPRM dakwa pegawainya terima rasuah RM100,000

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa pegawainya bersama seorang lagi individu atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen 1, Shah Alam, hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pegawainya, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

“Wang tersebut sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613),

“Kedua-dua tertuduh telah ditahan oleh SPRM pada 14 April 2021 dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Rozilah Salleh,” katanya.

Sebelum ini, Shahrul Izuan juga pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut.

SPRM menegaskan tidak akan berkompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya.

“SPRM juga dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melakukan perkara tersebut,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!