Home PolitikBarisan Nasional Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu, siapa yang kepanasan? – Asyraf

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu, siapa yang kepanasan? – Asyraf

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pemuda UMNO mempersoalkan mengenai poster yang tular menggunakan taktik ‘psywar’ dengan membentuk persepsi kononnya UMNO telah membentuk jajaran kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di media sosialnya mempersoalkan siapa sebenarnya yang kepanasan jika berlakunya jajaran baharu ini.

“Jika diperhalusi profil-profil media sosial yang menularkan poster-poster ini kebanyakannya menggunakan akaun palsu atau penyokong Perikan Nasional (PN) terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),

“Tak dapat pula dipastikan sama ada mereka adalah penerima elaun tetap Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM),” kata hantaran itu.

Menurut Asyraf Wajdi, pendirian UMNO sebagaimana yang diputuskan dalam Perhimpunan Agong UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 dan seterusnya diperincikan serta diabsahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) 25 April 2021 jelas bahawa UMNO tidak akan bekersama dengan PKR mahupun DAP.

“Juga tidak akan bersama dengan PPBM dalam PRU-15,” ujarnya.

Tegasnya, sebarang perubahan dasar termasuk jika mahu membentuk jajaran baharu hanya boleh dibuat dan diputuskan oleh PAU dan MKT.

“Tiada individu hatta Presiden Parti sekalipun boleh merubah atau meminda keputusan ini,

“Sehingga hari ini, keputusan tiada kerjasama dengan PH masih kekal. Justeru tidak timbul sebarang bentuk jajaran baharu,” jelasnya.

Asyraf Wajdi juga berasa pelik dengan penyokong PPBM yang semakin meroyan walhal mereka lupa bahawa partinya ditubuhkan hasil perbincangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lim Kit Siang.

“Perbincangan tersebut mahu menubuhkan sebuah parti Melayu sebagai komponen PH untuk menarik sokongan dan memecahkan undi Melayu antara 10 hingga 15 peratus bagi membolehkan PH menang dan memerintah dalam PRU-14 lalu,

“Ternyata formula tersebut telah berjaya merealisasikan hasrat DAP dan rakan-rakan mereka dalam PH menjadi kerajaan selama 22 bulan,” katanya lagi.

Tambah Asyraf, hakikatnya UMNO satu-satunya parti yang tidak pernah bersama dengan DAP mahupun PKR.

“Yang pasti Pemuda UMNO akan terus berpegang kepada ketetapan PAU dan keputusan MKT untuk terus menjadi jurubicara rakyat dan agen ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan yang ada demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat ‘without fear or favour’,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!