Home Pertahanan dan Keselamatan Polisi kerajaan berjaya kekang kemasukan warga asing

Polisi kerajaan berjaya kekang kemasukan warga asing

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan oleh kerajaan menunjukan keberkesanan dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara melalui lorong tikus di sempadan negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara ini juga dibuktikan apabila jumlah kes import harian melibatkan warga asing kekal berkurangan sejak beberapa bulan lalu ekoran polisi kerajaan yang menyekat kemasukan warga asing dengan menutup pintu sempadan termasuk pengutkuasaan Op Benteng.

Beliau berkata, penutupan pintu sempadan rasmi seperti di lapangan terbang menjadi fokus kerajaan untuk memastikan tiada kemasukan warga asing yang boleh menyumbang kepada penularan kes COVID-19 di dalam negara.

“Pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan RELA bertungkus-lumus melakukan rondaan dan kawalan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang 7 hari pada minggu ke-22 berbanding minggu sebelumnya, ia sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada rakyat selepas peningkatan mendadak kes sebelum ini.

“Di harap dengan penurunan kes harian, segenap lapisan rakyat tidak leka akan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekali gus dapat melandai lengkuk ke tahap yang lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, Ismail Sabri menjelaskan, seramai 10 orang PATI telah ditahan dan 8 buah kenderaan darat telah dirampas dalam Op Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara.

Selain itu, pasukan keselamatan juga berjaya merampas 4 buah kapal atau bot dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 207 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 8 aktiviti penglihatan,” tambahnya.

Ismail Sabri turut menjelaskan pasukan keselamatan turut melaksanakan 984 sekatan jalan raya (SJR) semalam melibatkan Operasi Penawar (Op Penawar) sebanyak 930 SJR.

Manakala, Op Benteng PDRM (45) dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) (9) SJR. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!