Home PolitikBarisan Nasional Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat – Asyraf Wajdi

Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat – Asyraf Wajdi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam tempoh sebulan setengah berbaki sebelum darurat tamat, lebih baik kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat.

Beliau menerusi hantaran di laman sosialnya berkata, dalam tempoh ini kerajaan perlu mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj atau faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40.

“Mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat mengakses kepada i-Sinar dan i-Lestari 2.0,

“Mengawal harga barang keperluan asas rakyat yang naik mendadak kala pandemik,” katanya.

Menurut, Asyraf Wahdi, apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat dan wajarkah darurat diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin mencadangkan darurat diadakan kepada Yang di-Pertuan Agong pada kali pertama 23 Oktober 2020, namun baginda menolak setelah mengadakan Perjumpaan Khas bersama Raja-Raja Melayu pada 25 Oktober 2020.

Kemudian, pada 12 Januari 2021, kerajaan Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencadangkan darurat dilaksanakan atas alasan COVID-19, akhirnya Yang di-Pertuan Agong perkenan.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, satu Perjumpaan Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan pada 16 Jun ini, antara lain bagi membincangkan isu COVID-19 ini.

Jelasnya, apakah darurat benar-benar dapat membantu rakyat sebagaimana didakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!