Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat terima 320 pek bekalan makanan

Tentera Darat terima 320 pek bekalan makanan

by Nurulhuda

SIBU, 11 Jan – Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee telah menyerahkan 320 pek sumbangan bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) kepada semua kem tentera di daerah ini.

Penyerahan sumbangan makanan terbabit telah dibuat dalam satu majlis ringkas bertempat di Wisma Perwira Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) pada Rabu lalu.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) dalam hantaran di media sosialnya berkata, sumbangan ini diserahkan oleh Dr Annuar Rapaee kepada semua Pegawai Memerintah antaranya Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS), Batalion Kesembilan Rejimen Sempadan (9 RS) dan Briged ke-31 Infantri Malaysia (31 Briged).

Menurutnya, program ini dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban anggota dan staf awam yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Turut hadir Panglima 9 Briged, Brigedier Jeneral Shamshor Jaafar dan Panglima 31 Briged, Brigedier Jeneral Sarman Bahrom.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply