Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: Hospital Medan ATM di HSA Johor dibuka 17 Jun ini

COVID-19: Hospital Medan ATM di HSA Johor dibuka 17 Jun ini

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 8 Jun – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuka Hospital Medan sebagai fasiliti tambahan untuk perawatan pesakit COVID-19 di Hospital Sultanah Aminah (HAS) dan dijangka beroperasi pada 17 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan dalam kenyataan berkata, hopital ini akan dilengkapkan dengan 4 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 katil wad secara berperingkat dan ia ditempatkan di perkarangan hadapan bangunan induk HSA.

Menurutnya, kerja-kerja pemasangan aset ATM ini akan bermula hari ini dan esok.

“Di samping petugas HSA, pihak ATM akan menggerakkan 3 orang pegawai dan 30 orang staf teknikal (paramedik) bagi membantu operasi dan memberi perawatan pesakit COVID-19 di hospital medan ini,

“Selain daripada kerjasama dari ATM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengoperasian hospital medan ini merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk NADMA serta kerajaan negeri Johor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,

“Tempoh operasi hospital medan ini akan bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 negeri terutama daerah Johor Bahru dan daerah berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vidyananthan berkata, berdasarkan statistik kelmarin, seramai 1,247 orang pesakit COVID-19 dirawat di hospital kerajaan negeri Johor termasuk 105 pesakit yang dirawat di ICU, dimana 82 pesakit ini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, seramai 24 orang pesakit COVID-19 di beberapa hospital swasta, yang mana 2 pesakit dirawat di ICU dan kedua-duanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Pertambahan 30 peratus kemasukan pesakit COVID-19 terutama di hospital kerajaan di daerah ini bermula pada perayaan hari raya Aidilfitri lalu,

“Ia juga telah menyumbang kepada peningkatan penggunaan katil khusus COVID-19 secara berterusan di wad dan ICU kepada melebihi 95 peratus,” tambahnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!