Home Pertahanan dan Keselamatan ATM akan bina 6 lagi Hospital Medan – Ismail Sabri

ATM akan bina 6 lagi Hospital Medan – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Sebanyak 6 lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibina merawat dan menguruskan pesakit COVID-19 di seluruh negeri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan hospital medan tersebut adalah susulan penambahan peruntukan kewangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mempertingkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam dalam menangani isu COVID-19 di dalam negara.

“Sehingga hari ini kemampuan kita (ATM) adalah untuk menambah 2 lagi hospital medan, dengan pengumuman Perdana Menteri, bajet bagi sektor kesihatan telah ditambah,

“Perdana Menteri umum peruntukkan untuk menambah tenaga kerja seperti doktor, paramedik serta peralatan kesihatan,

“Dengan jelas menyebut hospital medan oleh ATM, maka dengan peruntukkan baru ini ATM akan manambah 6 lagi hospital medan tersebut dan ia menjadikan 8 jumlah keseluruhan,” katanya dalam sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Mizan), hari ini.

Selain itu, sebagai tambahan, Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menggunakan konsep Pre-Fabricated Modules akan dibangunkan di dalam kawasan HAT Mizan dalam masa terdekat.

“Hospital yang dibiayai oleh syarikat swasta iaitu WCT Building Values dengan nilai lebih RM20 juta ini bakal menempatkan 64 katil termasuk 16 katil Unit Rawatan Rapi (ICU),

“Selepas hospital ini siap, syarikat tersebut akan menyerahkan kepada pihak pengurusan HAT Mizan untuk meneruskan pengoperasian,” tambahnya.

Ismail berkata, tujuan hospital ini dibina adalah untuk membantu pihak kerajaan bagi menambah jumlah katil di hospital lain sekiranya peningkatan kes secara mendadak.

“Walalupun ketika ini, jumlah katil di hospital yang merawat pesakit-pesakit COVID-19 masih mencukupi, tetapi kita perlu bersedia daripada awal,

“Kita bimbang kalau kes naik mendadak seperti baru-baru ini, melebihi 13 ribu kes sehari, kalau berlaku, ianya akan menyebabkan katil hospital tidak lagi mampu untuk menampunya,” jelasnya.

Menurutnya, pembinaan ini merupakan persediaan ATM bersama pihak swasta dalam membantu kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menambahkan jumlah katil pesakit untuk pesakit COVID-19 sama ada pesakit di ICU ataupun bukan ICU.

Tambahnya, pembinaan hospital ini boleh disiapkan dalam jangka masa 3 bulan dan sekiranya mendapat kelulusan yang lebih cepat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan KKM, pembinaan secara fizikal boleh dilaksanakan dalam masa 2 bulan sahaja. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!