Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat pasang kawat duri, kepung 2,125 penduduk Mukim Juasseh

Tentera Darat pasang kawat duri, kepung 2,125 penduduk Mukim Juasseh

by Nurulhuda

NEGERI SEMBILAN, 1 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui formasi Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Briged) telah diaturgerakkan bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sembilan dalam melaksanakan pemasangan pagar kawat duri di beberapa kawasan di Mukim Juasseh, pada Sabtu.

Pihak 1 Briged dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 6 orang pegawai dan 60 anggota diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) telah ditugaskan memasang kawat duri tersebut.

Pemasangan kawat duri ini melibatkan Rumah Rakyat Juasseh, Taman Sri Juasseh dan Taman Desa Permai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada 31 Mei hingga 13 Jun 2021.

“Pemasangan ini merangkumi keluasan 2,000 meter keliling yang merangkumi 416 buah rumah yang diduduki oleh 2,125 penduduk,

“Arahan pelaksanaan PKPD ini bermula pada 31 Mei hingga 13 Jun depan di ketiga-tiga lokaliti tersebut dibuat kerana peningkatan kes positif yang mendadak di daerah berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, TDM sentiasa komited dan sedia untuk membantu agensi-agensi lain mengawal serta menyekat penularan wabak COVID-19 dalam komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi.

“Selain itu, Rejimen 508 Askar Wataniah turut akan membantu Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dalam melaksanakan penguatkuasaan PKPD dengan mendirikan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan mendirikan Pos Pengawal sehingga 13 Jun 2021,” ujarnya.

Ketiga-tiga lokasi tersebut dikenakan PKPD ekoran peningkatan kes wabak COVID-19 dalam tempoh yang singkat.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 29 Mei 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan sebanyak 51 kes positif COVID-19 direkodkan iaitu 21 kes di Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh (17 kes) dan Taman Sri Juasseh (13 kes). -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!