[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2K0i_ds5mZs[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 3 bulan gaji menteri dan timbalan menteri yang dipotong akan disalurkan ke Akaun Amanah Bencana.
“Barisan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan mulai Jun,
“Gaji yang tidak diambil ini akan disalurkan kepada Akaun Amanah Bencana bagi membiayai usaha memerangi COVID-19,” katanya semasa Siaran Langsung Bantuan PKP 3.0.
Menurut beliau, keputusan ini diambil sebagai tanda sokongan pihak kerajaan kepada usaha untuk memerangi COVID-19 di negara ini.
Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan sebanyak RM 40 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan bantuan yang dikenali sebagai Pemerkasa Plus. – airtimes.my