KUALA LUMPUR, 31 Mei – Hari kedua berturut-turut trend jangkitan harian COVID-19 menurut apabila merekodkan 6,824 kes, hari ini.
Ketua Pegarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 572,357 kes.
Selangor terus kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 2,111 kes baharu, Kelantan (695) dan Sarawak 654 kes.
Ini diikuti, Johor (489), Kedah (464), Kuala Lumpur (387), Melaka (352), Pulau Pinang (328), Perak (255) Negeri Sembilan (253), Pahang (219), Sabah (207), Terengganu (204), Labuan (166), Putrajaya (28), dan Perlis (12).
Semalam, Malaysia mencatatkan penurunan kes harian iaitu 6,999 kes dengan 79 kematian. – airtimes.my