KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 apabila merekodkan sebanyak 8,290 kes harian baharu dalam tempoh 24 jam.⠀
⠀
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam ciapan di twitter rasminya berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian di Malaysia meningkat kepada 549,514 kes.⠀
⠀
Menurutnya, Selangor terus kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, dengan 2,052 kes dan ia menjadikan jumlah kes kumulatif di negeri tersebut adalah 179,502 kes.⠀
⠀
Kelantan pula muncul sebagai negeri kedua tertinggi dengan mencatatkan 851 kes, Kuala Lumpur (830) dan Johor (762) kes.
⠀
Ia diikuti pula dan Sarawak (698), Kedah (544), Negeri Sembilan (520), Pulau Pinang (421), Perak (405), Melaka (380), Sabah (308), Pahang (254) Terengganu (207), Putrajaya (44), Perlis (8) dan Labuan (6) kes direkodkan.
⠀⠀
Semalam, negara mencatatkan kes harian baharu sebanyak 7,857 kes dengan 59 kematian direkodkan. -airtimes.my