Home SemasaGlobal Pesawat milik Israel jalani penerbangan demonstrasi hanya dalam wilayah Singapura – ST Engineering

Pesawat milik Israel jalani penerbangan demonstrasi hanya dalam wilayah Singapura – ST Engineering

by M.Daim

SINGAPURA, 27 Mei – Syarikat Singapura, ST Engineering hari ini mengesahkan pesawat bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel selesai menjalani demonstrasi di ruang udara negara itu.

Menurutnya, operasi penerbangan tersebut melibatkan demonstrasi produk dan terhad di dalam wilayah Singapura.

“Demonstrasi telah selesai dan pesawat akan berlepas dari Singapura,” kata jurucakap ST Engineering yang dipetik oleh media Singapura, Today Online.

Berdasarkan rekod FlightRadar24, pesawat Boeing 737-4Q8 kendalian syarikat awam Israel, IAI Elta Electronics telah melaksanakan beberapa siri penerbangan di kawasan Barat Daya Singapura sejak 2 hari lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!