Home Semasa Insiden LRT: Tren 40, 81 dibawa keluar lebih awal dari yang ditetapkan – Ka Siong

Insiden LRT: Tren 40, 81 dibawa keluar lebih awal dari yang ditetapkan – Ka Siong

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kedua-dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terlibat dalam kemalangan berjaya dibawa keluar, pagi tadi, lebih awal dari tempoh 3 hari seperti yang dijanjikan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau menerusi hantaran di laman media sosialnya berkata, proses membawa kedua-dua tren tersebut dapat dilakukan lebih awal selepas kakitangan Team Recovery RapidRail bekerja 3 syif tanpa henti sejak hari kejadian.

“Tren 40 (TR40) telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi,

“Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC,

“Akan tetapi, Team Recovery terpaksa ‘Power Down’ (menutup pembekalan kuasa) untuk seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai yang mana ianya melibatkan 5 buah stesen LRT sepanjang stretch akibat daripada ‘power down’,

“Manakala 5 buah stesen LRT yang terlibat ialah Damai, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru dan Dang Wangi,” ujarnya.

Beliau berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membuat pemeriksaan bagi mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan terbabit sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan stretch selesai.

“Untuk pengoperasian LRT pada hari ini, memandangkan kesan ‘power down’ dan juga masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian, maka terdapat ‘bottleneck’ kerana hanya beroperasi dengan satu landasan dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (7 buah stesen LRT) dan masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui stretch berkenaan adalah 16 minit,

“Kaedah ‘platoon’ ini akan digunakan bagi 2 tren memasuki landasan ke arah yang sama untuk mengurangkan kesan bottleneck,” tambahnya.

Ka Siong turut memberi jaminan Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini agar perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dapat dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan bottleneck dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti seperti yang disyaratkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan sehingga 7 Jun 2021 tanpa mengurangkan frekuensinya,” jelasnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, seramai 47 penumpang cedera parah termasuk 6 kritikal yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, sementara 166 yang lain cedera ringan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!